Epik Apa yang awak tahu?

hmm….

Tetiba rase nak tahu la, kenapa ade orang buat SEO Contest?

Macam mana nak menang SEO Contest?

Strategi nak menang contest?

Mungkin aku seorang blogger, tidak mengerti lagi cara yang paling berkesan untuk menang SEO Contest..

Advertisements

Kesinambungan aku seorang blogger

Assalam…

Disebabkan Jebat rase tak cukup untuk menceritakan kehidupan aku seorang blogger separuh masa untuk contest SEO 2daybloggers, Jebat buat la post nih. Mungkin kerana Jebat masih baru dalam membuat blog tidak bermakna aku tidak tahu apa2 mengenai kisah seorang blogger.

Berdasarkan pemerhatian Jebat terhadap sifu Jebat yang telah lama menceburi dunia blogging ini, beliau setiap hari masih belajar mendalami dunia ilmu blogging. Walaupun telah bertahun2 dalam dunia blog. Semakin lama tercebur bidang blogging, semakin banyak la rasa macam ada jek benda tak penah buat.

Pada aku, seorang blogger bukan saje dapat menimba ilmu baru, malah mengasah sahsiah dan akhlak seseorang itu. Demikian la sudah entri untuk aku seorang blogger.

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBloggerupprofitsbroframestone , MJMySuperKids , MujePuan Bee ,Ellen, DenaiHatik-worlds, hairulazniummihaniedinsblog“.

Mengikut pendapat aku, penganjuran contest oleh 2DayBlogger ini boleh mengajar aku berlatih memahami konsep SEO. Walaupun aku masih baru lagi dalam dunia blogging, contest SEO pertama yang aku sertai ini harap dapat memberi banyak pengalaman pada aku. Selama sebulan contest ini telah berjalan, aku semakin memahami konsep SEO. Aku harap, ada lagi contest SEO yang akan dianjurkan oleh blogger.

Ok. Sambung semula..Menjadi seorang blogger bukanlah suatu kerja yang mudah. Aku musti merancang perjalanan blog aku. Jadi, apa perancangan untuk blog aku dalam masa hadapan contohnya, aku merancang mempunyai blog niche untuk mencari duit tepi dan blog peribadi ini sebagai sambilan saja. OK x? Antara langkah yang aku akan ambil untuk blog cari duit seperti otai-otai yang lain adalah:

  1. Mencari niche yang sesuai
  2. Membeli domain dan hosting (menang contest OK gak..hehe)
  3. Promosi laman web tersebut termasuk post2 yang berkaitan niche

Sudah??

Aku kira macam senang. Hanya dengan ambil langkah 1,2,3 sudah boleh buat duit tepi.

Tapi, niche ape yang terbaik hendak aku canangkan di laman sesawang?

Banyak lagi persoalan akan timbul nanti. Aku kena berani gagal!!!

 aku seorang blogger

p/s : Dalam proses membaca buku motivasi “Dare To Fail” karangan Billie. Sangat menarik!!

Internet Blogs
blogs

Epik Perancangan Pelaburan Emas

As-salam 😉

Sejarah Emas dan Perak

Mungkin ramai yang dah tahu pasal pelaburan emas dan sejarah yang dilalui oleh ketulan emas dari perut bumi Allah nih. Emas telah lama digunakan sejak zaman nabi dan rasul. Contoh yang kita boleh dengar sekarang, sewaktu zaman pemerintahan kekasih Allah (Muhammad SAW).

Pada zaman itu, penggunaan emas digunakan sepenuhnya untuk urusan ekonomi, pentadbiran, dan agama. Kalau kita penah dengar sirah rasul, sahabat-sahabat nabi seperti Abu Bakar mempunyai berpuluh ekor unta yang membawa muatan emas. Itulah sikit mengenai sejarah emas.

Kepentingan Emas? Kenapa Emas?

Disebabkan blog in berkenaan dengan Today Trends, Jebat nak kaitkan emas dengan dunia sekarang. Mungkin juga ramai yang sudah tahu berdasarkan ramalan atau cerita mengenai mata wang US Dollar mungkin akan hilang nilai. Kalau anda ikuti perjalanan US Dollar berbanding Ringgit Malaysia (MYR), semakin hari, nilai Dollar US semakin kecil. Tidak mungkin dalam 10 atau 20 tahun akan datang, 1 USD sama nilai dengan 1 MYR. Who knows right?

Jika keadaan yang diatas terjadi, akan sampai satu tahap, matawang kertas tidak bernilai langsung. Seperti yang terjadi di Zimbabwe, kerajaan telah mengeluarkan terlampau banyak matawang kertas sehingga terdapat lebihan. Nak beli telur 3 biji pon guna 100 billon. Nak jadi ape?? :p

emas kini

OK, malas nak cerita panjang, Jebat rase, korang da tau effect matawang ni kan. Jadi, nak bandingkan dengan Emas dan Perak, sejak zaman nabi lagi, nilai emas dan perak akan tidak berubah. Contohnya, zaman nabi dan sahabat dulu, seekor kambing bersamaan dengan 1 dirham dan TODAY, nilai seekor kambing masih lagi 1 dirham. Cuma kalau kita convert jadi MYR kita dapat bandingkan perbezaanya. Mungkin zaman dulu, RM300 sekor, dan sekarang RM600. Means :

Dulu                               Sekarang

1 Dirham                          1 Dirham

RM100                          RM600

Guna emas, nilai masih sama, guna wang kertas, semakin lama, semakin mahal. So, korang fikirakan lah ape akan jadi dalam masa akan datang jika mata wang kertas masih lagi tidak bernilai. Dan untuk pengetahuan anda, sewaktu perang Vietnam, rakyat sane melarikan diri dengan membawa ketulan emas. Sampai di Malaysia, mereka berjaya buat bisnes kain. 🙂

P/s : Jebat masih lagi dalam rancangan nak beli emas. Mungkin lepas dah setel kawin. 🙂